SELAMAT DATANG

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff

Sejarah Sekolah

 



             Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff, Sabak Bernam adalah dipercayai antara sekolah yang tertua di Daerah Sabak Bernam. Sekolah ini telah dibuka untuk pendidikan formal bermula pada tarikh 4.1.1896 dengan nama asal ialah Sekolah Melayu Sabak Bernam. Ia diasaskan oleh En. Abdul Razak bin Abdul Ghani yang bertugas sebagai Clerk Incharge di Sabak Bernam bagi pihak Pegawai Daerah Kuala Selangor. En. Abdul Razak adalah ayah kepada Dr. Abdul Latiff.
            Bangunan JKR 48 yang dibina pada tahun 1896 digunakan untuk menampung seramai 17 orang murid lelaki. Pada tahun 1950 ia dirobohkan untuk dibina Masjid Jamek Pekan Sabak. Pada 1967, bangunan JKR SB70 dibina dan nama sekolah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Sabak Bernam.
       Pada tarikh 13.11.1980, nama sekolah sekali ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff iaitu sempena nama murid pertama mendaftar pada tahun 1896. Dr. Abdul Latiff adalah murid cemerlang dan merupakan doktor Melayu pertama di Negeri Selangor.
              Pada tahun 1986, bangunan baru 2 blok setinggi 3 tingkat dibina berhadapan bangunan lama untuk menggantikan bangunan lama yang telah uzur. Bagi menampung pertambahan jumlah murid, beberapa blok bangunan baru telah dibina dari setahun ke setahun.
            Pada 7-9 Januari 1996, sekolah ini telah mengadakan Sambutan Ulangtahun ke 100 penubuhannya. Ia telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ( Menteri Pendidikan ).