SELAMAT DATANG

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff

Sunday, 21 May 2017

PROGAM THE CHAMPION UPSR MAJLIS GURU BESAR (MGB)

20 Mei 2017, hari Sabtu, SK Doktor Abdul Latiff dipilih sebagai Tuan Rumah untuk Program The Champion Dun Sabak Bernam. Program yang menggabungkan calon-calon 6A UPSR bagi 12 buah sekolah yang terlibat.

Gambar menunjukkan suasana program sedang berlangsung.

Gambar menunjukkan sesi soal jawab dan perkongsian ilmu sedang berjalan
 
Program ini yang lebih menjurus kepada kaedah menjawab soalan peperiksaan disampaikan oleh guru-guru pakar di daerah Sabak Bernam. Program tamat pada jam 4.30 petang dengan jamuan minum petang.

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2017

Pada 16 Mei 2017, warga SK Doktor Abdul Latiff menyambut Hari Guru sebagai tanda terima kasih di atas penat lelah guru mengajar dan mendidik anak-anak murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Acara dimulakan dengan sesi fotografi beramai-ramai di dataran perhimpunan. Kemudian, guru-guru diarak dengan paluan kompang masuk ke Dataran Lestari. 
 Antara gambar kandid yang ditangkap semasa Hari Guru

Majlis dimulakan dengan upacara membaca perutusan Hari Guru oleh pihak pentadbir. Selepas itu, guru-guru menyanyikan lagu keramat iaitu Kami Guru Malaysia, Lagu Tema Hari Guru dan Biarku menjadi Lilin amat menarik minat murid-murid.
Sesi memotong kek Hari Guru (sumbangan luar)

Acara seterusnya ialah acara memotong kek yang disumbangkan oleh pelbagai pihak. Kek-kek itu dipotong kecil dan dikongsikan bersama-sama dengan murid-murid. Selepas itu, acara sukaneka guru diadakan. Pelbagai gelagat dan perangai guru-guru dapat dilihat semasa bermain.
 Sesi petukaran hadiah di antara guru-guru

Sunday, 14 May 2017

PENYAMPAIAN HADIAH ATAS KEJAYAAN MURID SKDAL

Pada perhimpunan yang lalu, majlis penyampaian hadiah diadakan bagi murid-murid yang berjaya menaikkan nama sekolah. Antara murid-murid yang diberi penghargaan adalah pasukan bola sepak sekolah yang berjaya menjadi johan pada tahun ini. Begitu juga dengan pasukan bola jaring sekolah yang berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan peringkat daerah.


 Adik Medina Safia binti Rohaizan menerima hadiah mewakili pasukan bola jaring sekolah.

 Pasukan Bola jaring mengambil gambar bersama jurulatih dan guru pengiring.

 Tahniah kepada adik Mohd Arif bin Mat Shom menerima anugerah pemain terbaik.

Sesi bergambar pasukan bola sepak bersama Guru Besar, jurulatih dan guru pengiring.

MAJLIS PENYERAHAN ANAK ANGKAT DAN THE CHAMPION

Pada perhimpunan bulanan yang lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Majlis Penyerahan Anak Angkat dan The Champion. Majlis 2 dalam 1 ini, membariskan calon-calon 6A UPSR 2017. Selain guru-guru yang terpilih, pihak pentadbir juga tidak terkecuali menjadi bapa angkat kepada calon-calon 6A UPSR. 

Barisan calon 6A UPSR 2017 bergambar bersama ibu dan bapa angkat

 Sesi penyerahan anak angkat kepada guru-guru terpilih.

Saturday, 6 May 2017

MAJLIS SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ PERINGKAT SEKOLAH

Pada Hari Jumaat yang lalu, bertarikh 5 Mei 2017,  Unit Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Sambutan Israk Mikraj di Dataran Lestari. Penceramah luar dari Kolej Tingkatan 6 Tungku Abdul Rahman Putra (KT6TARP) dijemput bagi memeriahkan lagi majlis ini, iaitu Ustaz Jaafar bin Abdul Rahman.
 Murid-murid khusyuk mendengan ilmu yang disampaikan oleh tuan penceramah

Tuan penceramah Ustaz Jaafar bin Abdul Rahman sedang bercerita mengenai Israk Mikraj