SELAMAT DATANG

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff

Thursday, 9 February 2017

MESYUARAT AGONG PIBG SKDAL KALI 43

Pada 4hb Februari 2017 telah berlangsungnya Mesyuarat Agong PIBG SK Doktor Abdul Latiff Kali
Ke-43. Kehadiran ibu bapa dan penjaga adalah seramai 120 orang yang diisi secara dalam talian menggunakan platform Frog VLE.
Sesi pendaftaran ibu bapa, penjaga dan guru untuk Mesyuarat Agong PIBG kali Ke-43
Sesi pemilihan AJK Baharu PIBG SKDAL 2017-2019
Mesyuarat Agong PIBG telah dirasmikan oleh Dato' Faizal bin Abdullah. Selain dari mesyuarat yang dijalankan, terdapat juga cabutan bertuah kepada para tetamu yang hadir sebanyak 12 hamper untuk dibawa pulang.
Jamuan makan untuk tetamu VIP

ORIENTASI PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER 2017

Pada 4/2/2017 dan 5/2/2017 sekolah telah mengadakan Program Orientasi Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber. Dalam program itu, pelbagai aktiviti dijalankan antaranya ialah ceramah dan motivasi berkaitan kepimpinan, ceramah peranan pengawas, riadah dan aktiviti LDK. Program ini telah dirasmikan oleh PK Pentadbiran SKDAL, Encik Azmon bin Amat Kamari. Gambar-gambar di bawah menunjukkan suasana dan aktiviti yang telah dijalankan. 

Sesi bergambar Pengawas Sekolah selepas Majlis Penutup
Sesi bergambar Pengawas Pusat Sumber Sekolah selepas Majlis Penutup

Minum petang selepas tamat sesi ceramah kepimpinan pada hari pertama
Murid-murid beratur menunggu giliran mengambil makanan

Wednesday, 8 February 2017

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2017 DAN PENCAPAIAN MERENTAS DESA MSSD SABAK BERNAM 2017

Pada 18/1/2017 telah berlangsung Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah bagi mencari wakil untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah yang dijadualkan pada 25/1/2017. Seramai 10 orang murid berjaya menempatkan diri selaku wakli sekolah ke peringkat daerah.

Keputusan peringkat daerah pula, SKDAL berjaya meraih 2 orang peserta berjaya meraih pingat daripada 10 peserta yang mewakili sekolah.  Di bawah menunjukkan suasana pertandingan dijalankan dan penyampaian hadiah yang berjaya.

Adik Haikal Nazhan mendahului peserta yang lain.

Murid-murid melalui kawasan tali air yang merupakan salah satu lokasi trek perlumbaan.

Kelompok peserta yang terakhir melalui kawasan tali air.

MAJLIS PENUTUP PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 / 2017




Program Transisi Tahun 1 yang bermula pada 3/1/2017 ditutup dengan Majlis Penutup Transisi Tahun 1 dengan majlis ringkas. Majlis penutup telah dirasmikan oleh PK Pentadbiran iaitu Encik Azmon bin Amat Kamari. 
Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang sukaneka

Antara hadiah-hadiah yang disediakan oleh pihak sekolah.

Ucapan pengerusi majlis penutup oleh Cikgu Bahak Udin bin Maidin

Ucapan Perasmian Penutup oleh Encik Azmon Bin Amat Kamari PK Pentadbiran SKDAL