SELAMAT DATANG

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff

Monday, 11 September 2017

SELAMAT MENJALANI UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2017

Warga SK Doktor Abdul Latiff mengucapkan selamat berjuang kepada murid-murid Tahun 6. Semoga beroleh kejayaan di atas usaha-usaha yang anda telah lakukan.
#UPSR17
#6A

Monday, 14 August 2017

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KALI KE 60

 Gambar menunjukkan murid-murid Tahun 6 sedang beratur memegang 60 helai Jalur Gemilang untuk dikibarkan.

 Gambar menunjukkan murid-murid Tahun 6 sedang beratur memegang 60 helai Jalur Gemilang untuk dikibarkan.

 Gambar menunjukkan Guru Besar menyampaikan Sijil Penghargaan kepada murid.

 Gambar menunjukkan Guru Besar menyampaikan Sijil Penghargaan kepada murid.

 Gambar menunjukkan Bunting Sambutan Bulan Kemerdekaan yang menjadi simbol perasmian Bulan Kemerdekaan.

Friday, 4 August 2017

MAJLIS PENYERAHAN KWAMP MURID TAHUN 1/2017

 Gambar menunjukkan Guru Besar, En. Megat Pauzi bin Ibrahim sedang memberi ucapan alu-aluan kepada ibu bapa yang hadir.

 Gambar menunjukkan guru kelas Tahun 1 sedang mengisi kehadiran ibu bapa yang hadir mengikut kelas masing-masing.

 Gambar menunjukkan pengacara majlis sedang bersiap sedia memanggil nama ibu bapa mengikut giliran.

Wednesday, 5 July 2017

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Seluruh warga SK Doktor Abdul Latiff mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.
#kosongkosong
#raya2017

Sunday, 21 May 2017

PROGAM THE CHAMPION UPSR MAJLIS GURU BESAR (MGB)

20 Mei 2017, hari Sabtu, SK Doktor Abdul Latiff dipilih sebagai Tuan Rumah untuk Program The Champion Dun Sabak Bernam. Program yang menggabungkan calon-calon 6A UPSR bagi 12 buah sekolah yang terlibat.

Gambar menunjukkan suasana program sedang berlangsung.

Gambar menunjukkan sesi soal jawab dan perkongsian ilmu sedang berjalan
 
Program ini yang lebih menjurus kepada kaedah menjawab soalan peperiksaan disampaikan oleh guru-guru pakar di daerah Sabak Bernam. Program tamat pada jam 4.30 petang dengan jamuan minum petang.

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2017

Pada 16 Mei 2017, warga SK Doktor Abdul Latiff menyambut Hari Guru sebagai tanda terima kasih di atas penat lelah guru mengajar dan mendidik anak-anak murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Acara dimulakan dengan sesi fotografi beramai-ramai di dataran perhimpunan. Kemudian, guru-guru diarak dengan paluan kompang masuk ke Dataran Lestari. 
 Antara gambar kandid yang ditangkap semasa Hari Guru

Majlis dimulakan dengan upacara membaca perutusan Hari Guru oleh pihak pentadbir. Selepas itu, guru-guru menyanyikan lagu keramat iaitu Kami Guru Malaysia, Lagu Tema Hari Guru dan Biarku menjadi Lilin amat menarik minat murid-murid.
Sesi memotong kek Hari Guru (sumbangan luar)

Acara seterusnya ialah acara memotong kek yang disumbangkan oleh pelbagai pihak. Kek-kek itu dipotong kecil dan dikongsikan bersama-sama dengan murid-murid. Selepas itu, acara sukaneka guru diadakan. Pelbagai gelagat dan perangai guru-guru dapat dilihat semasa bermain.
 Sesi petukaran hadiah di antara guru-guru

Sunday, 14 May 2017

PENYAMPAIAN HADIAH ATAS KEJAYAAN MURID SKDAL

Pada perhimpunan yang lalu, majlis penyampaian hadiah diadakan bagi murid-murid yang berjaya menaikkan nama sekolah. Antara murid-murid yang diberi penghargaan adalah pasukan bola sepak sekolah yang berjaya menjadi johan pada tahun ini. Begitu juga dengan pasukan bola jaring sekolah yang berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan peringkat daerah.


 Adik Medina Safia binti Rohaizan menerima hadiah mewakili pasukan bola jaring sekolah.

 Pasukan Bola jaring mengambil gambar bersama jurulatih dan guru pengiring.

 Tahniah kepada adik Mohd Arif bin Mat Shom menerima anugerah pemain terbaik.

Sesi bergambar pasukan bola sepak bersama Guru Besar, jurulatih dan guru pengiring.

MAJLIS PENYERAHAN ANAK ANGKAT DAN THE CHAMPION

Pada perhimpunan bulanan yang lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Majlis Penyerahan Anak Angkat dan The Champion. Majlis 2 dalam 1 ini, membariskan calon-calon 6A UPSR 2017. Selain guru-guru yang terpilih, pihak pentadbir juga tidak terkecuali menjadi bapa angkat kepada calon-calon 6A UPSR. 

Barisan calon 6A UPSR 2017 bergambar bersama ibu dan bapa angkat

 Sesi penyerahan anak angkat kepada guru-guru terpilih.

Saturday, 6 May 2017

MAJLIS SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ PERINGKAT SEKOLAH

Pada Hari Jumaat yang lalu, bertarikh 5 Mei 2017,  Unit Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Sambutan Israk Mikraj di Dataran Lestari. Penceramah luar dari Kolej Tingkatan 6 Tungku Abdul Rahman Putra (KT6TARP) dijemput bagi memeriahkan lagi majlis ini, iaitu Ustaz Jaafar bin Abdul Rahman.
 Murid-murid khusyuk mendengan ilmu yang disampaikan oleh tuan penceramah

Tuan penceramah Ustaz Jaafar bin Abdul Rahman sedang bercerita mengenai Israk Mikraj

Friday, 21 April 2017

SUKAN SEKOLAH KALI KE 83

Pada 21 April 2017 telah diadakan Kejohanan Sukan Sekolah Kali Ke 83. Kejohanan dirasmikan oleh Guru Besar, Encik Megat Pauzi bin Ibrahim. Kejohanan bermula pada jam 8.00 pagi, walaupun hujan turun kejohanan sukan terus berjalan dengan perbarisan masuk kontijen yang bertanding. Setelah selesai majlis perasmian, acara 100m dimulakan dahulu. Kemudian, diikuti dengan acara 4x100m, 4x25m dan sukaneka.

Gambar menunjukkan suasana Hari Sukan Sekolah Kali Ke 83

Selepas acara balapan dan sukaneka selesai, majlis penyampaian hadiah diadakan. Tahniah diucapkan kepada adik Fikri Aiman bin Abdullah dan adik Syakila Nadia kerana terpilih sebagai olahragawan dan olahragawati sekolah pada tahun ini. Juara keseluruhan pada tahun ini milik Rumah Sukan "Mat Kilau" dengan pungutan markah sebanyak 424 markah.
 
 Sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang yang disampaikan oleh Guru Besar

Thursday, 20 April 2017

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU MD NASIR BIN CHE MANGSOR

Pada 20 April 2017, telah berlangsung majlis ringkas iaitu Majlis Perpisahan Guru. Guru yang dimaksudkan adalah Cikgu Md Nasir Bin Che Mangsor. Beliau ditukarkan ke SK Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar (SKS4BNO) kerana mendapat kenaikan pangkat sebagai Penolong Kanan Kokurikulum. Semoga terus sukses di sekolah baharu.

 Gambar menunjukkan Ucapan Cikgu Nasir dan penyampaian hadiah penghargaan oleh guru-guru.

Gambar menunjukkan penyampaian hadiah penghargaan kepada Cikgu Nasir oleh guru dan murid.

Monday, 17 April 2017

PENYAMPAIAN TABLET LENOVO KEPADA GURU-GURU SKDAL

Guru Besar menyampaikan Tablet Lenovo kepada guru-guru
 Guru Besar menyampaikan Tablet Lenovo kepada guru-guru

 Guru Besar menyampaikan Tablet Lenovo kepada guru-guru

Wednesday, 5 April 2017

PERSARAAN CIKGU MAZLAN BIN SUDEK

Pada 5hb April 2017, berlangsungnya Majlis Persaraan Cikgu Mazlan bin Sudek. Walaupun hanya setahun dapat berkhidmat di SK Doktor Abdul Latiff, terasa begitu lama warga SKDAL mengenali beliau. Warga sekolah sekolah mengucapkan selamat bersara dan moga bertemu di lain masa.

Cikgu Mazlan bin Sudek bersama isterinya duduk di pelamin yang telah dihias oleh guru-guru

 Cikgu Mazlan bergambar dengan guru-guru SKDAL dan murid-murid SKDAL

Tuesday, 4 April 2017

LATIHAN KEBAKARAN SKDAL 2017

Pada awal bulan April yang lalu, Unit HEM iaitu bahagian Keselamatan Sekolah telah mengadakan aktiviti Latihan Kebakaran Fasa 1 yang melibatkan agensi luar iaitu Pasukan Bomba dan Penyelamat. Unit Keselamatan yang diketui oleh Encik Mohd Firdaus bin Jamaludin, telah merancang program ini dan telah dimasukkan ke dalam Takwim sekolah sebagai acara tahunan.

Apabila terdengar bunyi loceng panjang sebanyak 3 kali, murid-murid dan warga sekolah yang berada di kawasan sekolah terus bergerak dalam keadan kemas dan tersusun tetapi pantas bergerak menuju ke arah padang yang terbentang luas.

Guru-guru kelas diminta mengambil kedatangan murid sama ada cukup atau tidak cukup semasa di awal sesi persekolahan. Kemudian, Guru kelas perlu melaporkan kepada ahli bomba jumlah murid sebenar.

Selain itu, terdapat juga sesi pembelajaran penggunaan pemadam api yang dikelolakan oleh pegawai bomba. Pegawai bomba memanggil 3 orang guru untuk menjalankan demonstrasi yang telah ditunjukkan oleh pegawainya. Selepas itu, murid-murid dan guru-guru bersurai menyambung sesi pengajaran dan pembelajaran.

 Video di atas menunjukkan cara-cara memadam api menggunakan Pemadam Api
(Cikgu Firdaus)

  Video di atas menunjukkan cara-cara memadam api menggunakan Pemadam Api
(Ustazah Nurizah)

Monday, 3 April 2017

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH MURID MENDAPAT 6A DALAM UBS1 DAN SIJIL PENGHARGAAN KEHADIRAN MENGIKUT KELAS BULAN MAC 2017

            Pada perhimpuanan bulanan yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan Majlis penyampaian hadiah kepada murid-murid yang berjaya dalam UBS 1 mendapat 6A. Hadiah atau cenderamata yang dihadiahkan oleh pihak sekolah kepada murid-murid adalah sejumlah wang tunai dan sijil penghargaan. Hadiah disampaikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Megat Pauzi bin Ibrahim.
 Gambar menunjukkan sebahagian murid Tahap 1 yang mendapat ganjaran.

 Gambar di atas menunjukkan sebahagian murid Tahap 2 mendapat hadiah daripada Tuan Guru Besar

           Dalam masa yang sama, penyampaian sijil penghargaan bagi kelas yang mencapai peratus kehadiran 25% dan ke atas turut diadakan bagi kehadiran bulan Mac. Sijil penghargaan disampaikan oleh Encik Abdul Hafiza bin Abdul kepada kelas yang berjaya mencapai 25% kehadiran Bulan Mac.

Thursday, 9 February 2017

MESYUARAT AGONG PIBG SKDAL KALI 43

Pada 4hb Februari 2017 telah berlangsungnya Mesyuarat Agong PIBG SK Doktor Abdul Latiff Kali
Ke-43. Kehadiran ibu bapa dan penjaga adalah seramai 120 orang yang diisi secara dalam talian menggunakan platform Frog VLE.
Sesi pendaftaran ibu bapa, penjaga dan guru untuk Mesyuarat Agong PIBG kali Ke-43
Sesi pemilihan AJK Baharu PIBG SKDAL 2017-2019
Mesyuarat Agong PIBG telah dirasmikan oleh Dato' Faizal bin Abdullah. Selain dari mesyuarat yang dijalankan, terdapat juga cabutan bertuah kepada para tetamu yang hadir sebanyak 12 hamper untuk dibawa pulang.
Jamuan makan untuk tetamu VIP

ORIENTASI PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER 2017

Pada 4/2/2017 dan 5/2/2017 sekolah telah mengadakan Program Orientasi Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber. Dalam program itu, pelbagai aktiviti dijalankan antaranya ialah ceramah dan motivasi berkaitan kepimpinan, ceramah peranan pengawas, riadah dan aktiviti LDK. Program ini telah dirasmikan oleh PK Pentadbiran SKDAL, Encik Azmon bin Amat Kamari. Gambar-gambar di bawah menunjukkan suasana dan aktiviti yang telah dijalankan. 

Sesi bergambar Pengawas Sekolah selepas Majlis Penutup
Sesi bergambar Pengawas Pusat Sumber Sekolah selepas Majlis Penutup

Minum petang selepas tamat sesi ceramah kepimpinan pada hari pertama
Murid-murid beratur menunggu giliran mengambil makanan

Wednesday, 8 February 2017

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2017 DAN PENCAPAIAN MERENTAS DESA MSSD SABAK BERNAM 2017

Pada 18/1/2017 telah berlangsung Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah bagi mencari wakil untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah yang dijadualkan pada 25/1/2017. Seramai 10 orang murid berjaya menempatkan diri selaku wakli sekolah ke peringkat daerah.

Keputusan peringkat daerah pula, SKDAL berjaya meraih 2 orang peserta berjaya meraih pingat daripada 10 peserta yang mewakili sekolah.  Di bawah menunjukkan suasana pertandingan dijalankan dan penyampaian hadiah yang berjaya.

Adik Haikal Nazhan mendahului peserta yang lain.

Murid-murid melalui kawasan tali air yang merupakan salah satu lokasi trek perlumbaan.

Kelompok peserta yang terakhir melalui kawasan tali air.

MAJLIS PENUTUP PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 / 2017




Program Transisi Tahun 1 yang bermula pada 3/1/2017 ditutup dengan Majlis Penutup Transisi Tahun 1 dengan majlis ringkas. Majlis penutup telah dirasmikan oleh PK Pentadbiran iaitu Encik Azmon bin Amat Kamari. 
Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang sukaneka

Antara hadiah-hadiah yang disediakan oleh pihak sekolah.

Ucapan pengerusi majlis penutup oleh Cikgu Bahak Udin bin Maidin

Ucapan Perasmian Penutup oleh Encik Azmon Bin Amat Kamari PK Pentadbiran SKDAL