SELAMAT DATANG

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff

Monday, 21 November 2016

FAMILY DAY SKDAL 2016

Pada hujung minggu yang lalu, warga SKDAL telah berkumpul bersama-sama dalam Program Hari Keluarga SKDAL yang dikelolakan oleh Kelab Guru dan Kakitangan (KGK) yang diadakan di Pantai Indah Seaview Resort, Jeram, Kuala Selangor. Hari Keluarga yang diadakan selama 2 hari 1 malam berjalan lancar hingga ke hari yang terakhir. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti makan malam, cabutan bertuah, sukaneka, memancing dan berkaraoke. Hari Keluarga ditamatkan dengan jamuan makan tengah hari dan semua keluarga bergerak pulang ke rumah masing-masing.

 Suasana makan malam di Pantai Indah Seaview Resort

Majlis 2 dalam 1 meraikan kenaikan pangkat Cikgu Arba'yah yang berpindah ke SK Batu 38
 

 Makan malam yang diserikan lagi dengan cabutan bertuah

Sunday, 20 November 2016

UJIAN SARINGAN PENENTUAN KELAS TAHUN 1 / 2017

Pada 18hb November 2016, telah berlangsung satu ujian yang berfaokuskan kepada penentuan kelas bagi murid Tahunn 1 untuk tahun hadapan. Program dimulakan dengan sesi pendaftaran murid untuk mengambil ujian. Kemudian, diikuti dengan taklimat ringkas oleh Encik Bahak Udin bin Maidin mengenai ujian ini. Selepas itu, ujian tersebut dijalankan dan tamat pada jam 10.30 pagi.

Sesi pendaftaran ujian Tahun 1

 Taklimat ringkas kepada ibu bapa dan murid yangakan menduduki ujian

 
Sesi ujian saringan sedang dijalankan

Suasana yang diberlaku semasa ujian dijalankan

Thursday, 17 November 2016

KEPUTUSAN UPSR SK DOKTOR ABDUL LATIFF 2016

Pada 17 November 2016, hari Khamis bertempat di Dataran Lestari SK Doktor Abdul Latiff, Guru Besar, Encik Megat Pauzi Bin Ibrahim mengumumkan keputusan UPSR 2016. Seramai 2 orang murid berjaya mendapat 6A, 2 orang murid  berjaya mendapat 5A dan seramai 4 orang 4A. Tahniah kepada semua murid yang berjaya dan terima kasih kepada semua guru di atas tunjuk ajar dan ilmu yang dicurahkan.
 Tahniah diucapkan kepada adik Abu Ubaidah bin Zulkeflee mendapat 6A

 Tahniah diucapkan kepada adik Tishalene A/P Shashi Kumar mendapat 6A
 Tahniah diucapkan kepada adik Tuan Aqilah dan adik Fatehah Hanani mendapat 5A

Wednesday, 16 November 2016

PERTANDINGAN NYANYIAN PERINGKAT SEKOLAH 2016

 Persembahan yang berbisa dari Kumpulan The Wrong Code

Barisan juri dan persembahan dari Kumpulan Wings

PENYAMPAIAN HADIAH MINGGU KESIHATAN 2016

Pada perhimpunan mingguan yang lalu, telah diadakan penyampaian hadiah bagi Minggu Kesihatan Peringkat Sekolah 2016. Terdapat pelbagai aktiviti telah diajalankan antarnya adalah seperti berikut:
a) Petandingan Mewarna Tahap 1
b) Pertandingan Poster Tahap 2
Para pemenang telah menerima hadiah seperti yang telah dijanjikan iaitu dari tempat ketiga hingga tempat pertama. Di bawah merupakan gambar penyampaian hadiah bagi Minggu Kesihatan.
 Penyampaian sijil penghargaan Frog VLE untuk Bulan Oktober 

 Penyampaian sijil dan wang tunai untuk kelas tercantik

Penyampaian hadiah kepada para pemenang Minggu Kesihatan