SELAMAT DATANG

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff

Friday, 22 July 2016

SAMBUTAN HARI RAYA SKDAL 2016

Pada hari Khamis, 21 Julai 2016, SK Doktor Abdul Latiff telah mengadakan Majlis Sambutan hari Raya Aidilfitri. Sudah semestinya murid-murid dan para guru memakai baju raya masing-masing. Turut menyerikan majlis, SK Doktor Abdul Latiff dihadiri oleh ibu bapa murid Tahun 6, NGO, agensi kerajaan dan swasta, PPD Sabak Bernam, Guru Besar-Guru Besar, Pengetua-Pengetua dan wakil-wakil dari sekolah yang berdekatan dengan Pekan Sabak Bernam. 
Sekolah juga turut mengadakan Majlis Pelancaran Tabung pembangunan Pendidikan PIBG SKDAL yang bertujuan untuk orang ramai/ masyarakat dan komuniti sekeliling membantu dan menambah dana bagi program pembangunan kecemerlangan akademik dan koakademik murid-murid SKDAL. Majlis penyerahan tabung ini disempurnakan oleh NYDP SK Doktor Abdul Latiff.

 Tempat mengambil gambar sempena Hari Raya Aidilfitri yang memberi kelainan sambutan pada tahun ini.

Tuesday, 19 July 2016

PENYAMPAIAN SIJIL DAN SAGUHATI BAGI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016

Pada perhimpunan bulanan yang lalu, majlis penyampaian sijil dan saguhati diadakan bagi menghargai guru dan murid SKDAL yang bertungkus-lumus dalam peperiksaan pertengahan tahun ini.
 Penyampaian sijil dan saguhati dimulakan dengan Anugerah Pencapaian GPMP terbaik dan Peningkatan GPMP bagi guru yang disampaikan oleh Tuan Guru Besar SKDAL. Selepas itu, sijil dan saguhati diberikan kepada murid-murid yang berjaya mendapat 6A dalam PPT, yang telah disampaikan oleh GPK Kurikulum SKDAL.
 Selain penyampaian sijil dan saguhati bagi PPT, penyampaian sijil pernghargaan bulanan FROG VLE juga turut disampaikan oleh GPK Kurikulum SKDAL bagi bulan Mei dan Jun.

PENYAMPAIAN HADIAH KEJAYAAN UJIAN SUMATIF 1

 Pada perhimpunan mingguan yang lalu, pihak pentadbir telah mengadakan penyampaian sijil dan saguhati kepada guru-guru yang berjaya dalam keberhasilan guru yang ditunjukkan dalam Ujian Sumatif 1 yang lalu.
Banner bergambar guru yang berjaya juga dicetak dan digantungkan pada tempt yang telah ditetapkan. Tahniah kepada guru-guru yang berjaya, agar ia dapat memberi semangat kepada guru-guru lain untuk mencapai KPI Keberhasilan Guru yang telah ditetapkan.