SELAMAT DATANG

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff

Monday, 13 July 2015

MAJLIS KHATAM ALQURAN, BUBUR LAMBOK DAN BERMAAFAN SESAMA WARGA SEMPENA HARI RAYA

 Pada hari ini, sekolah telah mengadakan majlis 3 dalam 1 iaitu, Majlis Khatam Al-Quran, Masak Bubur Lambok dan Maaf-bermaafan sempena Hari Raya Puasa yang bakal menjelang tiba dalam beberapa hari sahaja lagi. Pada awal pagi, guru-guru dan kakitangan sekolah sibuk menyediakan bahan dan alatan untuk bubur lambok. 
 Sambil mengacau bubur lambok, Majlis Khatam Al-Quran juga turut dijalankan secara serentak. Warga SKDAL bergotong-royong menyiapkan bubur lambok dari mula masak hingga proses membungkus. Suasana sungguh meriah dengan pelbagai ragam dan gelagat warga SKDAL sambil membungkus makanan.
Selepas tamat Majlis Khatam Al-Quran, Murid-murid diberi merasa bubur yang telah masak dan ada lebihan untuk murid-murid membawanya pulang. Sangat meriah suasana tersebut sehingga tak menang tangan dibuatnya. 
 Pada hari yang berikutnya, Majlis Bermaafan Warga SKDAL turut diadakan sebelum semua murid dan guru pulang ke kampung halaman. Setiap guru diberi masa selama dua minit untuk berucap.
 Selepas semua guru memberi ucapan, murid-murid beratur dan mula bersalaman dengan guru-guru dan memohon maaf sempena Hari Raya Puasa pada tahun ini. Tidak lupa juga, duit raya turut dihulurkan kepada semua anak murid SKDAL sumbangan daripada pihak sekolah dan PIBG SKDAL.