SELAMAT DATANG

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff

Monday, 6 April 2015

PELANCARAN PROGRAM THE CHAMPION

06 APRIL 2015 - Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff telah melancarkan Program "The Champion" yang merupakan program yang diilhamkan oleh Pengarah Pendidikan Selangor. Seramai 15 orang calon 5A UPSR telah terpilih sebagai "The Champion". 
             Guru Besar SKDAL menyampaikan bahan bantu belajar kepada murid-murid yang terpilih sebagai gimik pelancaran. Mereka yang terpilih dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu Za'ba, Aminudin Baki dan sebagainya.

 Pemberian  bahan rujukan dan buku latihan kepada Kumpulan Za'ba

 Pemberian  bahan rujukan dan buku latihan kepada Kumpulan Aminudin baki

 Pemberian  bahan rujukan dan buku latihan kepada Kumpulan Za'ba

Barisan murid terpilih untuk "The Champion" 

Sunday, 5 April 2015

MAJLIS TADARUS AL-QURAN 2015

Pada 01 April 2015 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff telah menjadi Tuan Rumah kepada Majlis Tadarus AL-Quran Peringkat Daerah Sabak Bernam. Terdapat 9 kategori yang dipertandingkan antaranya ialah tilawah, hafazan dan syarahan. MTQ 2015 telah dirasmikan oleh wakil PPD Tuan Ismail bin Sajat.
Selain menjadi Tuan Rumah, SKDAL juga telah menghantar wakil dan berjaya meraih tempat ke-3 bagi pertandingan Hafazan Lelaki dan Perempuan Sekolah Rendah. Di bawah menunjukkan gambaran suasana semasa MTQ 2015 berlangsung.
 Taklimat Hakim Pertandingan
 Suasana pertandingan sedang dijalankan
 Suasana pertandingan sedang dijalankan
Majlis Perasmian Penutup MTQ 2015

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD SABAK BERNAM 2015

 Pada 30 Mac 2015 yang lalu, SKDAL telah menghantar seramai 12 orang atlet menyertai Kejohanan Olahraga dan balapan MSSD Sabak Bernam. Sekolah berjaya meraih 3 EMAS dan 1 Gangsa, secara keseluruhannya menduduki tempat ke-3 dalam daerah. Tahniah diucapkan kepada adik Muhd Zairul Iman bin Maskuri (5 Jaya) berjaya meraih emas dalam acara lompat jauh L5. Jarak lompatan yang dilakukannya adalah sejauh 3.48 meter.
 Tahniah diucapkan kepada adik Muhd Addin Isyraf bin Subhi di atas kejayaan menggondol emas dalam acara lompat tinggi L5. Beliau membuat lompatan setinggi 1.18 meter untuk memastikan emas dalam genggaman.
 Tahniah juga diucapkan kepada adik Muhd Danish Azim bin Mustakim (5 Maju) berjaya meraih gangsa dalam acara 100 meter lari pecut L5. 
Acara berpasukan 4 x 100 meter lari pecut L5 turut menyumbang emas. Tahniah kepada pelari-pelari SKDAL yang berusaha untuk mendapatkan emas. Semoga pada tahun hadapan akan bertambah banyak pingat dan kejayaan yang akan diperolehi bagi atlet SKDAL.