SELAMAT DATANG

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff

Sunday, 25 January 2015

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH

Perhimpunan mingguan kali ini diselitkan dengan upacara penyampaian wayikah pelantikan pengawas sekolah SKDAL. Ketua murid bg tahun 2015 milik Adib Irfan bin Abd Razak dan dibantu oleh Ain Sofea binti Abd Aziz. Akhir sekali, semua pengawas berikrar di hadapan semua murid dan guru.

Thursday, 22 January 2015

PERARAKAN MAULIDURASUL 2015

Pada hari Jumaat yang lepas, warga SKDAL telah mengadakan perarakan sempena menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW.
Murid-murid dan guru-guru bersama- sama berselawat sambil berarak mengilingi kawasan sekolah.

Kemudian, selepas berarak semua murid dan para guru menikmati jamuan ringan yang telah disediakan oleh Panitia Pendidikan Islam.

Sunday, 18 January 2015

PERHIMPUNAN UNIT BERUNIFORM KALI PERTAMA 2015

Pada minggu ini, perhimpunan unit beruniform telah dilaksanakan dan dikelolakan oleh Tunas Kadet Remaja Sekolah.