SELAMAT DATANG

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff

Sunday, 16 August 2015

PELANCARAN BULAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-58

Pada perhimpunan mingguan yang lepas, Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2015 telah pun dilangsungkan dan dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKDAL, En. Megat Pauzi Bin Ibrahim. Beliau menceritakan keadaan pada zaman dahulu sebelum merdeka dan pasca merdeka supaya menjadi teladan kepada anak murid.
Dalam ucapan beliau juga, ada diselitkan nasihat kepada semua murid agar tidak dijajah dari segi pemikiran dengan pelbagai sumber yang mudah didapati sekarang. Tema pada tahun ini ialah #SEHATISEJIWA. Diharapkan murid-murid sehati dan sejiwa sayangkan negara yang tercinta ini agar tidak dijajah semula samada dari aspek diri, pemikiran dan budaya.

Monday, 3 August 2015

PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN DAN PENCAPAN SERTA HADIAH KEHADIRAN AWAL

 Tahniah kepada peserta DIKIR BARAT BAHASA ARAB SKDAL kerana menjadi JOHAN dua kali berturut peringkat daerah. Hadiah disampaikan oleh En. Azmon bin Amat Kamari, GPK Pentadbiran SKDAL. SK Doktor Abdul Latiff akan memwakili daerah ke peringkat Negeri bagi mempertahankan kejuaraan. Semoga sukses di sana nanti.
 Selain penyampaian sijil untuk Dikir Barat, GPK HEM SKDAL, Pn. Ramlah binti Mohd Nor turut menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang menghadirkan diri awal ke sekolah iaitu sebelum pukul 7.00 pagi. Pada bulan ini, ramai murid yang datang awal ke sekolah berbanding bulan lepas.

Monday, 13 July 2015

MAJLIS KHATAM ALQURAN, BUBUR LAMBOK DAN BERMAAFAN SESAMA WARGA SEMPENA HARI RAYA

 Pada hari ini, sekolah telah mengadakan majlis 3 dalam 1 iaitu, Majlis Khatam Al-Quran, Masak Bubur Lambok dan Maaf-bermaafan sempena Hari Raya Puasa yang bakal menjelang tiba dalam beberapa hari sahaja lagi. Pada awal pagi, guru-guru dan kakitangan sekolah sibuk menyediakan bahan dan alatan untuk bubur lambok. 
 Sambil mengacau bubur lambok, Majlis Khatam Al-Quran juga turut dijalankan secara serentak. Warga SKDAL bergotong-royong menyiapkan bubur lambok dari mula masak hingga proses membungkus. Suasana sungguh meriah dengan pelbagai ragam dan gelagat warga SKDAL sambil membungkus makanan.
Selepas tamat Majlis Khatam Al-Quran, Murid-murid diberi merasa bubur yang telah masak dan ada lebihan untuk murid-murid membawanya pulang. Sangat meriah suasana tersebut sehingga tak menang tangan dibuatnya. 
 Pada hari yang berikutnya, Majlis Bermaafan Warga SKDAL turut diadakan sebelum semua murid dan guru pulang ke kampung halaman. Setiap guru diberi masa selama dua minit untuk berucap.
 Selepas semua guru memberi ucapan, murid-murid beratur dan mula bersalaman dengan guru-guru dan memohon maaf sempena Hari Raya Puasa pada tahun ini. Tidak lupa juga, duit raya turut dihulurkan kepada semua anak murid SKDAL sumbangan daripada pihak sekolah dan PIBG SKDAL.

Monday, 6 April 2015

PELANCARAN PROGRAM THE CHAMPION

06 APRIL 2015 - Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff telah melancarkan Program "The Champion" yang merupakan program yang diilhamkan oleh Pengarah Pendidikan Selangor. Seramai 15 orang calon 5A UPSR telah terpilih sebagai "The Champion". 
             Guru Besar SKDAL menyampaikan bahan bantu belajar kepada murid-murid yang terpilih sebagai gimik pelancaran. Mereka yang terpilih dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu Za'ba, Aminudin Baki dan sebagainya.

 Pemberian  bahan rujukan dan buku latihan kepada Kumpulan Za'ba

 Pemberian  bahan rujukan dan buku latihan kepada Kumpulan Aminudin baki

 Pemberian  bahan rujukan dan buku latihan kepada Kumpulan Za'ba

Barisan murid terpilih untuk "The Champion" 

Sunday, 5 April 2015

MAJLIS TADARUS AL-QURAN 2015

Pada 01 April 2015 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff telah menjadi Tuan Rumah kepada Majlis Tadarus AL-Quran Peringkat Daerah Sabak Bernam. Terdapat 9 kategori yang dipertandingkan antaranya ialah tilawah, hafazan dan syarahan. MTQ 2015 telah dirasmikan oleh wakil PPD Tuan Ismail bin Sajat.
Selain menjadi Tuan Rumah, SKDAL juga telah menghantar wakil dan berjaya meraih tempat ke-3 bagi pertandingan Hafazan Lelaki dan Perempuan Sekolah Rendah. Di bawah menunjukkan gambaran suasana semasa MTQ 2015 berlangsung.
 Taklimat Hakim Pertandingan
 Suasana pertandingan sedang dijalankan
 Suasana pertandingan sedang dijalankan
Majlis Perasmian Penutup MTQ 2015

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD SABAK BERNAM 2015

 Pada 30 Mac 2015 yang lalu, SKDAL telah menghantar seramai 12 orang atlet menyertai Kejohanan Olahraga dan balapan MSSD Sabak Bernam. Sekolah berjaya meraih 3 EMAS dan 1 Gangsa, secara keseluruhannya menduduki tempat ke-3 dalam daerah. Tahniah diucapkan kepada adik Muhd Zairul Iman bin Maskuri (5 Jaya) berjaya meraih emas dalam acara lompat jauh L5. Jarak lompatan yang dilakukannya adalah sejauh 3.48 meter.
 Tahniah diucapkan kepada adik Muhd Addin Isyraf bin Subhi di atas kejayaan menggondol emas dalam acara lompat tinggi L5. Beliau membuat lompatan setinggi 1.18 meter untuk memastikan emas dalam genggaman.
 Tahniah juga diucapkan kepada adik Muhd Danish Azim bin Mustakim (5 Maju) berjaya meraih gangsa dalam acara 100 meter lari pecut L5. 
Acara berpasukan 4 x 100 meter lari pecut L5 turut menyumbang emas. Tahniah kepada pelari-pelari SKDAL yang berusaha untuk mendapatkan emas. Semoga pada tahun hadapan akan bertambah banyak pingat dan kejayaan yang akan diperolehi bagi atlet SKDAL.

Wednesday, 25 February 2015

MAJLIS PERPISAHAN DAN JAMUAN MAKAN MALAM

 Pada hari Isnin yang lalu, Kelab Guru dan Kakitangan (KGK) SK Doktor Abdul Latiff telah berjaya mengadakan jamuan makan malam dan majlis perpisahan untuk warga SKDAL. Majlis ini meraikan perpisahan GPK Akademik dan Pentadbiran, Pn. Rafidah Binti Abd. Aziz dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar di SK Kampung Baru, Pn. Sharifah Irma binti Syed Ismail dinaikkan pangkat sebagai GPK Kokurikulum di SK Kg. Banting dan Cik Roslina binti Mohd Nor yang bertukar ke negeri kelahiran Terengganu.
 Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi KGK, En. Shukor Mohd Amin. Kemudian majlis diteruskan dengan jamuan makan. Selepas itu, majlis mempersilakan Tuan Guru Besar, En. Megat Pauzi bin Ibrahim untuk berucap sepatah dua kata. Majlis di akhiri dengan ucapan perpisahan dari guru-guru yang berpisah dan yang baru melaporkan diri serta penyampaian hadiah dan cenderamata.

Monday, 2 February 2015

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2015

Tahniah diucapkan kepada Tishalene A/P Shashi Kumar kerana berjaya meraih tempat ke-5 sekali gus meletakkan dirinya sebagai wakil daerah bagi acara merentas desa. Acara merentas desa ini diadakan pada 30 Januari 2015 bertempat di SMK Bagan Terap, Sabak Bernam, Selangor. Untuk pengetahuan semua, seramai 12 orang murid telah menyertai kejohanan ini.

Sunday, 25 January 2015

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH

Perhimpunan mingguan kali ini diselitkan dengan upacara penyampaian wayikah pelantikan pengawas sekolah SKDAL. Ketua murid bg tahun 2015 milik Adib Irfan bin Abd Razak dan dibantu oleh Ain Sofea binti Abd Aziz. Akhir sekali, semua pengawas berikrar di hadapan semua murid dan guru.

Thursday, 22 January 2015

PERARAKAN MAULIDURASUL 2015

Pada hari Jumaat yang lepas, warga SKDAL telah mengadakan perarakan sempena menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW.
Murid-murid dan guru-guru bersama- sama berselawat sambil berarak mengilingi kawasan sekolah.

Kemudian, selepas berarak semua murid dan para guru menikmati jamuan ringan yang telah disediakan oleh Panitia Pendidikan Islam.