SELAMAT DATANG

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff

Saturday, 25 January 2014

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN AWAL PERSEKOLAHAN SESI 2014


Pada pertengahan bulan Januari 2014, pihak sekolah telah mengadakan majlis untuk menyampaikan wang RM100.00 kepada para ibu bapa yang bersekolah di SK Doktor Abdul Latiff. Pada tahun ini, sebanyak RM54,000.00 telah diperuntukkan kepada sekolah untuk diagihkan. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YDP PIBG yang baharu iaitu, YB Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh, ADUN Sabak Bernam. 

Penyampaian "mock cheque" telah disempurnakan dengan jayanya sebagai tanda penerimaan wang bantuan awal persekolahan dari kerajaan kepada sekolah. Selepas majlis selesai, para ibu bapa beratur untuk mendapatkan, bantuan awal persekolahan. Pemberian bantuan persekolahan berjalan lancar sehingga bantuan habis diberikan kepada ibu bapa yang hadir. Semoga dengan bantuan persekolahan ini dapat meringankan beban ibu bapa menampung anak mereka bersekolah.

Saturday, 4 January 2014

MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE-40

Pada 04 Januari 2014, hari Sabtu yang lalu, di SK Doktor Abdul Latiff telah berlangsungnya Mesyuarat Agong PIBG Kali Ke-40. Pada jam 8.00 pagi, kebanyakan ibu bapa dan waris murid telah tiba. Pada jam 8.30 pagi, YB Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh telah tiba dan diiringi oleh bunga manggar dan pembawa tepak sirih sebagai adat menyambut tetamu menuju ke dewan. Para hadirin dan tetamu kehormat berdiri untuk menghormati nyanyian lagu Negaraku. 

Majlis  berlangsung dengan ucapan daripada Tn. Guru Besar SKDAL, En. Megat Pauzi bin Ibrahim, YDP PIBG, Jumasri bin Jumin dan YB Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh untuk merasmikan majlis. Banyak maklumat diperolehi ibu bapa mengenai sekolah dan perkembangan bidang pendidikan. Tepat jam 10.00 pagi, para tetamu diberi masa untuk berehat dan sarapan sebelum mesyuarat PIBG dijalankan.

Mesyuarat PIBG berjalan lancar dengan semua agenda diterima baik oleh pihak ibu bapa. Tiada banyak persoalan yang diajukan oleh pihak ibu bapa kepada pihak PIBG sekolah, pelantikan PIBG yang baharu juga turut dijalankan dengan baik. Tahniah kepada YB Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh, kerana dilantik menjadi YDP PIBG yang baharu. Semoga, PIBG SKDAL bertambah maju ke hadapan pada tahun ini.