SELAMAT DATANG

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff

Monday, 13 October 2014

PASUKAN DIKIR BARAT BAHASA ARAB JOHAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2014

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Mahrojan Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff kerana berjaya menjadi Johan Peringkat Negeri Selangor yang berlangsung di Seksyen 9, Shah Alam. Hasil usaha guru-guru yang terlibat dan latihan yang berterusan Pasukan Mahrojan SKDAL sekali lagi meraih Johan pertandingan tersebut selepas menjadi Johan peringkat daerah Sabak Bernam.
 Pagi tadi semasa perhimpunan mingguan, berlangsungnya penyampaian hadiah dan sijil pencapaian kepada murid-murid yang terlibat. Hadiah disampaikan oleh Tuan Guru Besar SKDAL, Encik Megat Pauzi bin Ibrahim. Selain itu, murid-murid juga diberi ganjaran jamuan makan bersama YDP PIBG serta ibu bapa sebagai tanda syukur di atas kejayaan ini.
Semoga pasukan Mahrojan SKDAL dapat mengekalkan kejuaraan pada tahun yang akan datang. Kejayaan ini harap dapat menaikkan semangat murid-murid yang lain untuk berjaya. "Usaha Tangga Kejayaan."


Friday, 23 May 2014

KEJOHANAN FUTSAL HARI GURU 2014 PERINGKAT DAERAH

 Sempena Hari Guru tahun ini, PPD Sabak Bernam telah menganjurkan satu kejohanan futsal untuk seluruh daerah Sabak Bernam. Terdapat 24 pasukan yang mendaftar dan format pertandingan adalah saringan peringkat kumpulan dan kalah-mati. Acara futsal ini berlangsung selama 2 hari di gelanggang futsal Sungai Besar.
 Dengan berkat kesungguhan dan komitmen guru-guru SKDAL, pasukan SKDAL akhirnya berjaya melangkah ke perlawanan akhir dan bertemu dengan pasukan PPD Sabak Bernam. Keputusan perlawanan akhir berpihak kepada pasukan SKDAL dengan jaringan 1-0.

Monday, 19 May 2014

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2014

 Selamat Hari Guru kepada semua warga SKDAL. Sambutan yang amat menyeronokkan dan suasana yang meriah telah berjaya diwujudkan sempena Hari Guru tahun ini. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan untuk meraikan guru-guru SKDAL.
 
 Antara aktiviti - aktiviti yang diadakan adalah seperti berikut:
a) Bacaan Surah Yassin beramai-ramai telah diadakan pada hari Jumaat yang lalu.
b) Mengambil gambar secara beramai-ramai di waktu pagi.
c) Majlis rasmi Sambutan Hari Guru.
d) Sukaneka yang mempunyai pelbagai aktiviti dan gelagat guru-guru.

MAJLIS PENYAMPAIAN TAG 5A KEPADA CALON 5A UPSR 2014

               Pada perhimpunan mingguan yang lalu, berlangsungnya satu majlis iaitu Majlis Penyampaian Tag 5A kepada calon-calon 5A dalam UPSR 2014. Seramai 20 orang murid dipilih sebagai calon untuk mendapat 5A dalam UPSR. Tag itu disampaikan oleh Tuan Guru Besar, SK Doktor Abdul latiff dan Tuan Guru Besar memberikan kata-kata semangat kepada murid yang lain agar bersaing mendapat 5A dalam UPSR sesama mereka walaupun mereka tidak mendapat tag itu.

Thursday, 17 April 2014

BERSAMA-SAMA MEMBUDAYAKAN FROG VLE


LAWATAN PENANDA ARAS PERLIS DAN KEDAH 2014

 Pada penghujung cuti pertengahan penggal yang lalu, guru-guru dan kakitangan SKDAL telah mengadakan lawatan penanda aras ke SRK Seri Indera Perlis dan SK Sultanah Asma yang merupakan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk menimba pengetahuan untuk menjaya SKDAL sebagai sebuah sekolah berprestasi tinggi suatu hari nanti. 
 Lawatan disambut baik oleh kedua-dua buah sekolah dengan hati yang terbuka. Terdapat perbincangan sesama pentadbir dan guru-guru amat memberi informasi yang berguna untuk dibawa pulang ke Sabak Bernam untuk dijadikan sebagai panduan untuk menuju ke arah sekolah kluster. Semoga SKDAL akan menjadi sebuah sekolah yang cemerlang dan terbilang suatu hari nanti.

MAJLIS PERPISAHAN ENCIK AZMON BIN AMAT KAMARI

Selepas cuti pertengahan penggal yang lalu, warga sekolah telah dikejutkan dengan berita pertukaran pihak pentadbiran. Di mana, Encik Azmon Amat Kamari ditukarkan ke SK Parit 4. Semua warga SKDAL berasa sedih dan pilu kerana kehilangan seorang GPK yang berkaliber. 
 Oleh itu, pihak sekolah telah mengadakan majlis perpisahan anjuran KEGURKA untuk memberi memori terindah yang terakhir kepada En. Azmon Amat kamari sebelum berhijrah ke SK Parit 4. Semoga En. Azmon dapat menyesuaikan diri dan meneruskan komitmen sebagai GPK yang berwibawa walaupun suasananya berbeza dan sekolah yang berbeza. 


Saturday, 25 January 2014

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN AWAL PERSEKOLAHAN SESI 2014


Pada pertengahan bulan Januari 2014, pihak sekolah telah mengadakan majlis untuk menyampaikan wang RM100.00 kepada para ibu bapa yang bersekolah di SK Doktor Abdul Latiff. Pada tahun ini, sebanyak RM54,000.00 telah diperuntukkan kepada sekolah untuk diagihkan. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YDP PIBG yang baharu iaitu, YB Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh, ADUN Sabak Bernam. 

Penyampaian "mock cheque" telah disempurnakan dengan jayanya sebagai tanda penerimaan wang bantuan awal persekolahan dari kerajaan kepada sekolah. Selepas majlis selesai, para ibu bapa beratur untuk mendapatkan, bantuan awal persekolahan. Pemberian bantuan persekolahan berjalan lancar sehingga bantuan habis diberikan kepada ibu bapa yang hadir. Semoga dengan bantuan persekolahan ini dapat meringankan beban ibu bapa menampung anak mereka bersekolah.

Saturday, 4 January 2014

MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE-40

Pada 04 Januari 2014, hari Sabtu yang lalu, di SK Doktor Abdul Latiff telah berlangsungnya Mesyuarat Agong PIBG Kali Ke-40. Pada jam 8.00 pagi, kebanyakan ibu bapa dan waris murid telah tiba. Pada jam 8.30 pagi, YB Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh telah tiba dan diiringi oleh bunga manggar dan pembawa tepak sirih sebagai adat menyambut tetamu menuju ke dewan. Para hadirin dan tetamu kehormat berdiri untuk menghormati nyanyian lagu Negaraku. 

Majlis  berlangsung dengan ucapan daripada Tn. Guru Besar SKDAL, En. Megat Pauzi bin Ibrahim, YDP PIBG, Jumasri bin Jumin dan YB Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh untuk merasmikan majlis. Banyak maklumat diperolehi ibu bapa mengenai sekolah dan perkembangan bidang pendidikan. Tepat jam 10.00 pagi, para tetamu diberi masa untuk berehat dan sarapan sebelum mesyuarat PIBG dijalankan.

Mesyuarat PIBG berjalan lancar dengan semua agenda diterima baik oleh pihak ibu bapa. Tiada banyak persoalan yang diajukan oleh pihak ibu bapa kepada pihak PIBG sekolah, pelantikan PIBG yang baharu juga turut dijalankan dengan baik. Tahniah kepada YB Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh, kerana dilantik menjadi YDP PIBG yang baharu. Semoga, PIBG SKDAL bertambah maju ke hadapan pada tahun ini.