SELAMAT DATANG

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff

Thursday, 25 July 2013

MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN

 25 JULAI 2013 - SK Doktor Abdul Latiff telah mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran bertempat di Dataran Lestari pada jam 10.00 pagi. Warga SKDAL disajikan dengan ceramah mengenai Nuzul Al-Quran yang disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Zamri bin Samsudin, Ketua Unit PPD Pendidikan Islam, PPD Sabak Bernam.
              Ceramah yang disampaikan oleh beliau amat menarik dengan melibatkan murid-murid dalam ceramah beliau seperti bertanyakan soalan, memanggil murid ke hadapan dan berzikir bersama murid-murid serta tayangan video yang memberi rasa keinsafan kepada semua warga SKDAL. Di akhir majlis, cenderahati disampaikan oleh Tuan Guru Besar, En. Megat Pauzi bin Ibrahim kepada penceramah  Tuan Haji Ahmad Zamri bin Samsudin sebagai tanda penghargaan daripada pihak sekolah.

Friday, 19 July 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA

19 JULAI 2013 -  Dalam suasana bulan Ramadhan, bulan yang membawa keberkatan dan rahmat. Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul latiff telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama Warga SKDAL dengan PIBG SKDAL.

             Selepas selesai berbuka puasa, para guru dan ibu bapa menunaikan solat maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh Ust. Fakhruddin. Kemudian, para guru dan ibu bapa dijemput menjamu selera sementara menunggu masuknya waktu untuk solat isyak. Selepas solat isyak berjemaah, majlis diteruskan dengan solat sunat terawih berjemaah yang diimamkan oleh En. Bahak Udin dan majlis bersurai.


Wednesday, 10 July 2013

MAJLIS PELANCARAN IHYA RAMADHAN AL-MUBARAK

10 JULAI 2013 - Sempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan Al-Murabak, SK Doktor Abdul Latiff telah mengadakan majlis Pelancaran Ihya Ramadhan. Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar, En. Megat Pauzi Bin Ibrahim dan gimik yang telah disediakan oleh guru-guru j-Qaf. Selepas itu, Majlis diteruskan dengan tazkirah ramadhan yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Rafiq bin Kamaruddin. Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan oleh Guru Besar kepada Penceramah jemputan. Akhir kalam, Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kepada seluruh warga SKDAL. Semoga Ramadhan kali ini, akan bertambah amalan dan kebajikan untuk diri kita.


Thursday, 4 July 2013

MAJLIS PERPISAHAN ENCIK MUHD. FADZILLAH


04 JULAI 2013 - Bertempat di Surau Attakdibiah SKDAL, telah berlangsung majlis perpisahan Encik Muhd. Fadzillah selepas menunaikan solat Isyak secara berjemaah. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Tuan Guru Besar SKDAL, En. Megat Pauzi Bin Ibrahim dan diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah daripada warga SKDAL. 
Jikalau ada sumur di ladang,
Bolehlah hamba menumpang mandi,
jikalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah kita bertemu lagi.


Monday, 1 July 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN TAG 5A KEPADA CALON UPSR 2013


01 JULAI 2013 - Majlis Penyampaian Tag 5A kepada calon UPSR yang terpilih telah diadakan di perkarangan Dataran Lestari sebagai pemangkin untuk membakar semangat murid-murid Tahun 6 agar dapat mencapai keputusan UPSR yang membanggakan seperti yang telah ditetapkan. Seramai 20 orang calon yang terpilih tampil ke hadapan dan dipakaikan tag 5A oleh Guru Besar, En. Megat Pauzi Bin Ibrahim dan dibantu oleh Penolong-Penolong Kanan SKDAL.
101

Read More Majlis ini diadakan di dalam Perhimpuan Bulanan Guru, Kakitangan dan Pekerja. Calon-calon yang terpilih di pakaikan pin dihadapan murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 dan guru-guru serta kakitangan. Murid yang mendapat pin 5A ini perlu berusaha gigih untuk mengekalkan pin ini dan sebagai calon 5A. Jika gagal, murid / calon UPSR yang lain akan dapat merampas Tag 5A tersebut. Semoga dengan adanya Tag 5A ini dapat membakar semangat kepada semua calon UPSR pada tahun ini untuk mencapai target UPSR yang telah ditetapkan.
102