SELAMAT DATANG

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff

Tuesday, 19 March 2013

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD SABAK BERNAM 2013

19 MAC 2013 - SK Doktor Abdul Latiff telah menghantar kontinjen olahraga untuk menyertai Kejohanan Olahraga MSSD Sabak Bernam 2013. Pada tahun lepas, SKDAL telah berjaya mendapat mengutip 3 emas, 2 perak dan 3 gangsa. Maka, dengan azam baru pada tahun ini atlet sekolah telah mencuba sedaya upaya untuk meningkatkan prestasi.
Walaupun kekurangan masa untuk menjalani latihan kerana jadual ko-kurikulum yang padat pada tahun ini, SKDAL telah berjaya mempertahankan kedudukan tempat ketiga pada tahun ini, tetapi para atlet sekolah telah berjaya menambahkan koleksi emas daripada tahun lepas iaitu dengan mengumpul 5 emas, 2, perak dan 2 gangsa. Ini merupakan pencapaian yang amat memberangsangkan dan cemerlang yang ditunjukkan oleh para atlet. Seorang atlet sekolah telah berjaya menerima gelaran olahragawati kategori sekolah rendah, iaitu adik Nurel Laila.


Seorang atlet lelaki sekolah hampir-hampir sahaja merangkul olahragawan tetapi telah dihalang oleh kecemerlangan atlet dari sekolah lain. Walaubagaimanapun, atlet sekolah telah menunjukkan prestasi yang cemerlang. Diharapkan, pada tahun akan datang atlet-atlet sekolah akan mempertingkatkan latihan dan prestasi mereka untuk cuba menjadi johan keseluruhan MSSD tahun akan datang. Akhir kata, selamat maju jaya.

Monday, 4 March 2013

PELANCARAN PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH 2013

04 MAC 2013 - Selepas tamat perhimpunan pagi mingguan, satu acara telah berlangsung iaitu Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah bertempat di Dataran Lestari SK Doktor Abdul Latiff dan dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Megat Pauzi Bin Ibrahim. Satu gimik telah dilakukan iaitu guru-guru dan murid-murid membaca buku selama 5 minit selepas pelancaran.

Kemudian seorang murid dipanggil untuk membuat ulasan mengenai apa yang dibaca olehnya. Murid Tahun 1 secara sukarela memberi ulasan dan menerima hadiah daripada Tuan Guru Besar. Maka, bermulanya program nilam sekolah sehingga hujung tahun tamat sesi persekolahan 2013. Murid yang membaca buku paling banyak akan diberikan anugerah nilam. Akhir kata, selamat membaca dan menambah ilmu pengetahuan.