SELAMAT DATANG

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff

Friday, 2 August 2013

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN


MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH

 08 OGOS 2013 - Warga SK Doktor Abdul Latiff telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran pada penghujung waktu persekolahan sebelum sekolah mula bercuti panjang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dan cuti penggal kedua.
                     Seramai 20 orang murid lelaki Tahun 6 dan Tahun 5 terlibat di dalam majlis khatam Al-Quran dan diketuai oleh Ustaz Ahmad Lutfi bin Khairoji. Setiap murid diberikan peluang memperdengarkan bacaan masing-masing dan diakhiri dengan bacaan doa.
               Selepas itu, majlis penyampaian duit raya kepada seluruh anak didik SKDAL dan sumbangan kepada murid ASNAF turut diadakan sebagai tanda menyambut Bulan Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi. Sumbangan disampaikan oleh Tuan Guru Besar, En. Megat Pauzi bin Ibrahim.
Majlis diakhiri dengan upacara bersalam-salaman antara guru-guru dan murid-murid. Di mana, murid-murid meminta maaf dan memberi ucapan selamat hari raya kepada guru-guru. Akhir kalam, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN DIUCAPKAN KEPADA SELURUH WARGA SKDAL.

Thursday, 25 July 2013

MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN

 25 JULAI 2013 - SK Doktor Abdul Latiff telah mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran bertempat di Dataran Lestari pada jam 10.00 pagi. Warga SKDAL disajikan dengan ceramah mengenai Nuzul Al-Quran yang disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Zamri bin Samsudin, Ketua Unit PPD Pendidikan Islam, PPD Sabak Bernam.
              Ceramah yang disampaikan oleh beliau amat menarik dengan melibatkan murid-murid dalam ceramah beliau seperti bertanyakan soalan, memanggil murid ke hadapan dan berzikir bersama murid-murid serta tayangan video yang memberi rasa keinsafan kepada semua warga SKDAL. Di akhir majlis, cenderahati disampaikan oleh Tuan Guru Besar, En. Megat Pauzi bin Ibrahim kepada penceramah  Tuan Haji Ahmad Zamri bin Samsudin sebagai tanda penghargaan daripada pihak sekolah.

Friday, 19 July 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA

19 JULAI 2013 -  Dalam suasana bulan Ramadhan, bulan yang membawa keberkatan dan rahmat. Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul latiff telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama Warga SKDAL dengan PIBG SKDAL.

             Selepas selesai berbuka puasa, para guru dan ibu bapa menunaikan solat maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh Ust. Fakhruddin. Kemudian, para guru dan ibu bapa dijemput menjamu selera sementara menunggu masuknya waktu untuk solat isyak. Selepas solat isyak berjemaah, majlis diteruskan dengan solat sunat terawih berjemaah yang diimamkan oleh En. Bahak Udin dan majlis bersurai.


Wednesday, 10 July 2013

MAJLIS PELANCARAN IHYA RAMADHAN AL-MUBARAK

10 JULAI 2013 - Sempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan Al-Murabak, SK Doktor Abdul Latiff telah mengadakan majlis Pelancaran Ihya Ramadhan. Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar, En. Megat Pauzi Bin Ibrahim dan gimik yang telah disediakan oleh guru-guru j-Qaf. Selepas itu, Majlis diteruskan dengan tazkirah ramadhan yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Rafiq bin Kamaruddin. Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan oleh Guru Besar kepada Penceramah jemputan. Akhir kalam, Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kepada seluruh warga SKDAL. Semoga Ramadhan kali ini, akan bertambah amalan dan kebajikan untuk diri kita.


Thursday, 4 July 2013

MAJLIS PERPISAHAN ENCIK MUHD. FADZILLAH


04 JULAI 2013 - Bertempat di Surau Attakdibiah SKDAL, telah berlangsung majlis perpisahan Encik Muhd. Fadzillah selepas menunaikan solat Isyak secara berjemaah. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Tuan Guru Besar SKDAL, En. Megat Pauzi Bin Ibrahim dan diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah daripada warga SKDAL. 
Jikalau ada sumur di ladang,
Bolehlah hamba menumpang mandi,
jikalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah kita bertemu lagi.


Monday, 1 July 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN TAG 5A KEPADA CALON UPSR 2013


01 JULAI 2013 - Majlis Penyampaian Tag 5A kepada calon UPSR yang terpilih telah diadakan di perkarangan Dataran Lestari sebagai pemangkin untuk membakar semangat murid-murid Tahun 6 agar dapat mencapai keputusan UPSR yang membanggakan seperti yang telah ditetapkan. Seramai 20 orang calon yang terpilih tampil ke hadapan dan dipakaikan tag 5A oleh Guru Besar, En. Megat Pauzi Bin Ibrahim dan dibantu oleh Penolong-Penolong Kanan SKDAL.
101

Read More Majlis ini diadakan di dalam Perhimpuan Bulanan Guru, Kakitangan dan Pekerja. Calon-calon yang terpilih di pakaikan pin dihadapan murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 dan guru-guru serta kakitangan. Murid yang mendapat pin 5A ini perlu berusaha gigih untuk mengekalkan pin ini dan sebagai calon 5A. Jika gagal, murid / calon UPSR yang lain akan dapat merampas Tag 5A tersebut. Semoga dengan adanya Tag 5A ini dapat membakar semangat kepada semua calon UPSR pada tahun ini untuk mencapai target UPSR yang telah ditetapkan.
102

Sunday, 16 June 2013

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKDAL EDISI KE 77 / 2013

16 JUN 2013 - SKDAL telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan Edisi Ke 77 Peringkat Sekolah yang bertempat di Kompleks Sukan Sabak Bernam. Acara bermula pada jam 7.30 pagi dengan perbarisan dari rumah-rumah sukan dan pembawa-pembawa bendera berarak keliling balapan. Selepas tamat acara formal sukan, acara balapan dimulakan dengan acara pecut seperti 100M, 200M dan sebagainya. Tidak ketinggalan acara jemputan iaitu RIMUP 4 x 100M turut diadakan dengan pelari-pelari dari sekolah yang dijemput.

12 Read More
Selain dari acara sukan, sukaneka juga turut diadakan sebagai selingan yang melibatkan murid-murid prasekolah dan murid tahap1. D isamping itu, majlis penyampaian hadiah / pingat turut diadakan. Murid -murid sangat seronok dengan aktiviti yang dijalankan dan segala pergerakan acara berjalan lancar walaupun terdapat kekangan. Tahniah diucapka kepada seluruh warga SKDAL kerana berjaya menjadikan sukan tahun ini sangat meriah.
13

Tuesday, 21 May 2013

PERTANDINGAN ESSEMBLE RECORDER PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2013

21 MEI 2013 - SK Doktor Abdul Latiff telah menghantar pasukan recorder sekolah sebagai wakil daerah Sabak Bernam ke Pertandingan Essemble Recorder Peringkat Negeri Selangor 2013. Pertandingan telah berlangsung di Dewan Fakulti Perubatan UPM.  Sebanyak 16 pasukan bertanding untuk merebut tempat pertama dalam pertandingan.
002

Sebelum memulakan persembahan, pasukan recorder sekolah diberi masa untuk membuat susun atur sebelum bermulanya pertandingan. Murid-murid dan guru-guru pengiring duduk pada tempat yang telah disediakan dan menunggu giliran untuk dipanggil membuat persembahan. Read More
003
Pasukan recorder sekolah telah membuat persembahan sehabis baik yang mungkin dan memberi saingan sengit kepada sekolah-sekolah yang bertanding. Walaubagaimanapun, nasib tidak menyebelahi pasukan sekolah dan berpuas hati mendapat trofi sagu hati. Tetapi, itu tidak akan mematahkan semangat pasukan recorder sekolah untuk mencuba pada tahun hadapan dan meletakkan diri dikalangan yang terbaik pada tahun yang mendatang.

Sunday, 19 May 2013

LAWATAN BENCH-MARKING SKK DAN SBT KE SK TENGKU MAHMUD BESUT TERENGGANU

a1a2

19 MEI 2013 - Warga SKDAL telah mengadakan satu lawatan bench-marking berkaitan dengan Sekolah Kecemelangan Kluster (SKK) dan Sekolah Berprestasi Tinggi(SBT) di SK Tengku Mahmud (SKTM) Besut, Terenggganu. Lawatan seramai 43 orang diketuai oleh Guru Besar SKDAL, En. Megat Pauzi Bin Ibrahim disambut oleh Guru Besar SKTM, Tn. Hj. Abd. Rahman Bin Sadar dan guru-guru SKTM. Kami dibawa ke dewan terbuka dan disajikan dengan pesembahan Choral Speaking. Kemudian, kami bersama pihak pentadbir SKTM mengadakan sesi fotografi dan terus ke kafe untuk sarapan pagi. Read More
a3a4
Selepas sarapan pagi, kami di bawa melawat ke bilik-bilik khas seperti bilik operasi PBS, bilik LINUS, bilik j-Qaf, galeri sekolah dan bilik KPI SKTM. Seterusnya, lawatan diteruskan lagi dengan meninjau pejabat SKTM dan melawat murid-murid di dalam kelas yang sedang menjalani peperiksaan. Selepas puas melawat kawasan sekolah, kami dijemput masuk ke bilik mesyuarat dan bermula sesi suai kenal dan perbincangan mengenai SKK. Banyak pengetahuan yang dikongsikan bersama semasa sesi perbincangan dilaksanakan sambil melihat tayangan mengenai SKTM. Setelah selesai perbincangan, majlis penghargaan dijalankan dengan bertukar - tukar cenderamata di antara kedua-dua buah sekolah. Sebelum berangkat pulang, kami sekali lagi dijemput untuk makan tengahari di cafe.
 
Semoga dengan lawatan ini, kita dapat memantapkan dan memampatkan serta berusaha gigih untuk mencapai SEKOLAH KECEMERLANGAN KLUSTER (SKK) suatu hari nanti. Lawatan ini merupakan titik permulaan untuk menuju ke matlamat yang hendak dicapai.

a5a6

Thursday, 16 May 2013

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2013


16 MEI 2013 - 1 ASPIRASI, 1 AGENDA TEMA HARI GURU 2013. Pada tahun ini, sambutan hari guru disambut meriah oleh warga SKDAL dan murid-murid SKDAL. Sebagai permbuka bicara, perhimpunan hari guru diadakan terlebih dahulu dengan ucapan ketua murid dan nyanyian lagu Guru Malaysia dan Lagu Tema Hari Guru. Terdapat pelbagai aktiviti telah dijalankan pada tarikh keramat ini, antaranya ialah perlawanan persahabatan antara guru dan murid seperti futsal dan bola tampar. Murid-murid juga ada yang memberi hadiah pada hari tersebut sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada guru-guru. Read More
Selepas itu, murid-murid disajikan pula dengan permainan kecil / sukaneka yang melibatkan guru mewakili rumah sukan masing-masing. Kemudian, persembahan oleh murid-murid dan ada juga persembahan dari guru-guru. Majlis ditamatkan dengan nyanyian lagu Biarku Menjadi Lilin oleh guru-guru. Semoga tahun depan akan lebih meriah lagi sambutan hari guru.

Tuesday, 23 April 2013

PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT DAERAH SABAK BERNAM 2013

23 APRIL 2013 - Sekali lagi SK Doktor Abdul Latiff diberi kepercayaan untuk menjadi hos / tuan rumah bagi Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Daerah Sabak Bernam pada tahun ini yang berlangsung selama dua hari yang bermula dari 23 April 2013 hingga 24 April 2013.
Pertandingan bermula dengan pendaftaran para peserta. Kemudian, Para peserta menuju ke venue yang telah ditetapkan iaitu Dewan Yayasan Selangor dan Dewan Besar SMK Ungku Aziz. Perlawanan peringkat kumpulan bermula pada pukul 9.00 pagi dan akan berlanjutan sehingga tengah hari.

Read More
a3
Peringkat kumpulan berlangsung dengan lancar dan bersemangat. kesemua regu menunjukkan keazaman yang tinggi yang mengisi slot ke peringkat kalah mati. peringkat kumpulan diadakan di Dewan Yayasan Selangor dan Dewan Besar SMK Ungku Aziz. Kumpulan yang layak ke peringkat kalah mati diumumkan pada hari pertama kejohanan.
a4
Pada hari kedua pula, peringkat suku akhir bermula pada pukul 9.00 pagi di Dewan Besar SMK Ungku Aziz. Pada jam 11 pagi, perlawanan akhir dijalankan dengan kehadiran Tuan Guru Besar SK Doktor Abdul Latiff, En. Megat Pauzi Ibrahim membuat gimik menimbang bola sebagai tanda pembukaan perlawanan akhir yang melibatkan SK Tok Khalifah bertemu SK Sg. Hj. Dorani.
a5
perlawanan akhir dimenangi oleh regu SK Tok Khalifah A dengan kemenangan 2-0. hadiah dan cenderamata disampaikan oleh Tuan Guru Besar SKDAL kepada para pemenang dan pengadil perlawanan. Semoga wakil Sabak Bernam dalam Sepak Takraw dapat mencapai kejayaan di peringkat negeri. Tahniah kepada semua guru SKDAL diatas kejayaan mengurus dan mengelola kejohanan dengan baik dan lancar.

Tuesday, 16 April 2013

KARNIVAL BAHASA INGGERIS PERINGKAT DAERAH SABAK BERNAM 2013

16 APRIL 2013 HINGGA 17 APRIL 2013 -  SK Doktor Abdul Latiff menjadi tuan rumah Program Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Sabak Bernam pada tahun ini bagi kategori Public Speaking dan Choral Speaking. sebanyak 14 buah sekolah telah berdaftar dan menyertai pertandingan yang dijalankan.
A1
Pada awal pagi telah diadakan pendaftaran para peserta dan bersiap sedia untuk memulakan pertandingan. Pertandingan berlansung sangat meriah dan menghiburkan. Saingan yang sengit amat ketara di antara sekolah-sekolah yang bertanding.

Read More

Selaku tuan rumah, SKDAL tetap memberi saingan sengit dan keputusannya amat memberangsangkan. SKDAL berjaya menggondol tempat ketiga bagi Choral Speaking dan Public Speaking, tempat kedua bagi Action Song. Tahniah kepada murid-murid yang berjaya mengharumkan nama sekolah. Semoga tahun hadapan, dapat mempertingkatkan lagi pencapaian. Hadiah disampaikan oleh Pegawai PPD Sabak Bernam iaitu Encik Rozli kepada semua pemenang.